KELEMAHAN
KELEMAHAN PENGGUNAAN ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR
Penggunaan alat kemahiran berfikir adalah sangat berguna dan berperanan penting dalam sistem pembelajaran dan pengajaran masa kini. Namun begitu, penggunaan alat kemahiran berfikir ini juga ada kelemahannya tersendiri. Antaranya ialah :
🌸 Sukar difahami (ringkas, guna singkatan, bahasa atau perkataan tertentu)
- Apabila seseorang terlalu banyak menggunakan kata kunci / gambar kunci (key word/key image)
yang hanya difahami oleh orang yang membuatnya maka semestinya orang lain akan menghadapi kesulitan untuk memahaminya. Selain itu, penggunaan kata kunci yang tidak sesuai juga mengakibatkan sesuatu input itu sukar difahami.
🌸 Penggunaan warna yang terlalu banyak dan terlampau berselerak
- Kebanyakan peta minda menggunakan warna yang berbeza untuk menyampaikan sesuatu input dan hal ini dianggap memberi kesenangan kepada pelajar untuk mehamaminya dengan lebih mendalam. Namun begitu, penggunaan warna yang terlampau banyak dan melebihi daripada kata kunci utama akan lebih mengelirukan para pelajar. Selain itu, kata kunci yang disusun dalam keadaan berselerak juga akan menyebabkan para pelajar sukar memahaminya. Seharusnya, kata kunci perlu lebih diletakkan dalam keadaan tersusun.
🌸 Tiada huraian yang jelas ( tulis hanya dalam bentuk singkatan )
- Penggunaan perkataan atau bahasa singkatan yang terlampau banyak dalam bentuk peta minda ini pasti mengurangkan tahap kefahaman pelajar. Hal ini kerana, sekiranya hanya kata kunci yang digunakan dalam menyampaikan sesuatu input melalui kaedah ini, pastinya tiada huraian yang jelas untuk menerangkan input itu dengan lebih mendalam.
🌸 Terlalu panjang dan kompleks ( berserabut @ berselerak )
- Huraian yang terlalu panjang dan terlalu teliti juga adalah termasuk sebagai kelemahan penggunaan alat kemahiran berfikir ini. Huraian yang terlalu panjang akan menyukarkan pelajar dapat mengingati sesuatu input dengan mudah kerana mereka tidak dapat mengenalpasti kata kunci utama yang disampaikan.
Comments
Post a Comment