PETA PEMIKIRAN



APAKAH ITU PETA PEMIKIRAN ?

          Peta pemikiran adalah merupakan salah satu kemahiran berfikir yang digunakan dalam sistem pembelajaran masa kini. Peta pemikiran mampu membantu menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat visual dalam bentuk grafik. 


              Peta pemikiran adalah merupakan salah satu cabang alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta pemikiran secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami merentas kurikulum. Antara jenis peta pemikiran yang yang dicadangkan dalam pengaplikasian program ini adalah : 
 


🌸 1. Circle Map (Peta bulatan )
Circle map digunakan untuk menyumbangkan idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks. 

🌸 2. Bubble Map ( Peta buih )
Bubble map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

🌸 3. Double bubble map ( Peta buih berganda )
Double bubble map digunakan untuk membandingkan sesuatu.

🌸 4. Tree Map ( Peta pokok )
Tree map digunakan untuk mengklasifikan bahan atau idea.

🌸 5. Brace Map ( Peta dakap )
Brace map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

🌸 6. Flow Map ( Peta Alir )
Flow map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses. 

🌸 7. Multi-flow Map ( Peta pelbagai alir )
Multi-flow map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut. 

🌸 8. Bridge map ( Peta titi )
Bridge map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor perhubungan.



PETA MINDA: 




           

Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA