KELEBIHAN
KELEBIHAN PENGGUNAAN ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR
🌸 KAEDAH PEMBELAJARAN BERKESAN & EFEKTIF
- Kaedah pembelajaran menggunakan teknik seperti ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam bidang pelajaran. Isi utama ataupun titik penting yang diaplikasikan dalam kaedah ini akan merangsang pemikiran pelajar supaya berfikir dengan lebih mendalam mengenai input yang cuba disampaikan. Kata kunci utama yang digunakan adalah penting kerana merupakan asas kepada fakta atau hujah yang disampaikan.
🌸 MENINGKATKAN KEFAHAMAN DALAM PEMBELAJARAN
- Penggunaan pemetaan i-think dalam proses pembelajaran ini sedikit sebanyak mengajar pelajar untuk mengasah pemikiran terhadap sesuatu input yang diberi dan sekaligus dapat meningkatkan kefahaman dalam pembelajaran. Hal ini kerana, apabila sesuatu input diberi dalam bentuk pemetaan i-think, hanya isi penting yang diberi keutamaan, manakala hujah atau fakta kata kunci hanyalah diberi dalam bentuk tersirat berdasarkan sesuatu topik.
🌸 MEMUDAHKAN PROSES PEMBELAJARAN
- Konsep kata kunci yang digunakan dalam kaedah ini dapat memudahkan proses ingatan dan hafalan kepada pelajar semasa proses pembelajaran. Setiap manusia akan mengingati sesuatu dengan lebih kuat jika sesuatu itu diingat secara memahaminya. Jika sudah memahami, hanya perlu ingat kepada fakta yang penting sahaja dan bagaimana fakta ini berkait antara satu sama lain. Selain itu, kaedah ini juga dapat menjimatkan masa pembelajaran seperti menghafal kerana kaedah ini adalah sangat ringkas dan mudah. Seterusnya, sesuai digunakan untuk membuat sesuatu nota.
🌸 MENINGKATKAN PENCAPAIAN
- Kefahaman terhadap sesuatu subjek, tajuk, atau input dapat ditingkatkan apabila alat kemahiran berfikir ini digunakan. Kaedah ini membantu memberi fahaman yang menyeluruh terhadap sesuatu input agar pelajar mampu mengolah dan mengeluarkan output yang efektif dalam pembelajaran.
Comments
Post a Comment