ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR


APAKAH ITU ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR ?

       Menurut Kamus Dewan, fikir bermaksud akal atau keupayaan untuk berfikir. Manakala berfikir mengikut terjemahan Kamus dewan pula bereti menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu. Jadi, dapatlh disimpulkan di sini bahawa kemahiran berfikir ialah kemahiran menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu.


             Kemahiran berfikir adalah penting dalam proses meninggikan lagi keupayaan belajar kerana melaluinya pelajar dapat mengawal, menentukan arah, dan mengukur kemajuan pelajaran.

               Selain itu, mereka juga dapat menggunakan pengetahuan yang telah diperolehi dengan lebih produktif. Seterusnya, pelajar dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang terurus dalam kehidupan untuk mencapai perkembangan ilmu yang kian maju. 
                


           Tambahan pula, melalui elemen pembelajaran abad ke-21 ini, konsep kemahiran berfikir lebih diutamakan melalui penggunaan peta pemikiran seperti grafik, peta minda atau pemetaan i-think.

             Contoh peta pemikiran yang selalu digunakan dalam proses pembelajaran agar sesuatu input dapat disampaikan dengan mudah dan efektif: 

🌸 Grafik



Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA